What's New

OGAWA Extends Effort in Battling COVID-19 With Massage Chairs And Hygiene Equipment To UMMC Frontlines

Kuala Lumpur, 30th March 2020 – OGAWA menyerahkan sumbangan kerusi urut dan peralatan perlindungan bernilai RM 100,000 kepada Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk membantu kakitangan kesihatan barisan hadapan memperkasakan diri dan menjaga keselamatan mereka dalam melawan penularan wabak Covid-19.

Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) sebagai hospital yang diwartakan bagi merawat pesakit Covid-19 di Malaysia menerima sumbangan dari OGAWA termasuk kerusi urut OGAWA, penapis udara OGAWA dan topeng muka pembedahan perlindungan 3-lapisan serta topeng muka KN95, hari ini.

Pengarah Eksekutif OGAWA World Bhd, Lim Mee Ling, merakamkan ucapan terima kasih kepada kakitangan barisan hadapan yang telah menjalankan tugas bertungkus-lumus bagi membendung penularan wabak Covid-19 dan komitmen mereka yang berterusan serta pengorbanan yang tidak tergala pada masa ini. Beliau berkata: “Dalam tempoh kritikal ini, aspek keselamatan kakitangan barisan hadapan amat penting dan perlu diutamakan kerana mereka merupakan golongan yang berjuang di barisan hadapan dan perlu sentiasa dilindungi serta diberi sokongan. Mereka memberikan perkhidmatan dan berhadapan dengan pesakit sepanjang masa sehingga mengabaikan keselamatan diri sendiri tanpa disedari. Menerusi berita yang dilaporkan, terdapat juga kakitangan kesihatan yang tertidur di atas lantai akibat keletihan. Kami berharap boleh mencurah bantuan dan sokongan dengan sepenuh hati kepada kakitangan barisan hadapan, sekurang-kurangnya mereka mendapat rehat yang mencukupi dan baik pada masa ini.”

Beliau bertambah lagi: “OGAWA komited ke arah kesejahteraan dan akan terus menjalankan tanggungjawab sosial korporat untuk menyalurkan inisiatif bagi membantu negara kita menangani Covid-19. Kami berharap setiap kakitangan barisan hadapan berupaya menjaga kesihatan mereka agar boleh berkhidmat dalam keadaan optimum.”

Untuk mendapatkan maklumat lanjut dan terkini mengenai OGAWA World Bhd, sila layari laman web, dan ikuti kami di Facebook atau Instagram rasmi kami di @OgawaMalaysia.


Mengenai OGAWA

Ditubuhkan pada 1996, OGAWA adalah jenama berasal dari Malaysia yang telah memenangi pelbagai anugerah serta terkenal di dalam industri kerusi urut dengan kemajuan teknologi dan inovasi yang dimilikinya. Memiliki pasukan pembangunan produk, reka bentuk produk serta rantaian bekalan hujung ke hujung daripada pengeluaran hinggalah kepada perkhidmatan selepas jualan, OGAWA merupakan peneraju pasaran serta jenama sinonim dengan kelengkapan kesihatan dan kesejahteraan. OGAWA komited ke arah menggalakkan gaya hidup sihat menerusi penciptaan produk berinovasi yang berkualiti tinggi. OGAWA kini beroperasi di 20 lebih negara dengan ibu pejabatnya terletak di Xiamen, China.

Falsafah Kami

OGAWA bermaksud ‘anak sungai’ di dalam Bahasa Jepun. Ia merupakan sumber kehidupan yang mempesonakan, dan airnya sentiasa mengalir ke arah lautan yang luas. Berbekalkan falsafah ‘Mata Air Kesejahteraan’, OGAWA komited untuk berkongsi ilmu berkaitan kesejahteraan yang dimilikinya dengan semua bagi mewujudkan gaya hidup yang lebih baik dan sihat.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:

Au Jiun Yang | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Chiang Sen Chee | This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.


OGAWA Extends Effort in Battling COVID-19 With Massage Chairs And Hygiene Equipment To UMMC Frontlines
OGAWA Extends Effort in Battling COVID-19 With Massage Chairs And Hygiene Equipment To UMMC Frontlines
OGAWA Extends Effort in Battling COVID-19 With Massage Chairs And Hygiene Equipment To UMMC Frontlines
OGAWA Extends Effort in Battling COVID-19 With Massage Chairs And Hygiene Equipment To UMMC Frontlines
OGAWA Extends Effort in Battling COVID-19 With Massage Chairs And Hygiene Equipment To UMMC Frontlines
OGAWA Extends Effort in Battling COVID-19 With Massage Chairs And Hygiene Equipment To UMMC Frontlines

Customer service

Toll-Free Number: 1800-88-4688
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

Working hours:
Monday - Friday (except public holiday)
9:00am to 6:00pm


Connect with us

Don't have an account yet? Register Now!

Sign in to your account